PENGENALAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR (PKP)
|
Beliau juga merupakan penerbit kepada Majalah Keselamatan, Hak Pengguna dan Informasi yang lebih dikenali dengan nama majalah AUTO TOUCH. Sehingga kini majalah tersebut telah diterbitkan sebanyak 26 edisi. Dengan hasil perjuangan selama ini, beliau telah disarankan oleh beberapa pihak termasuk pihak berkuasa untuk menubuhkan persatuan dan menyebar luaskan ilmu yang bermanfaat terutama berkaitan keselamatan pengguna kepada orang ramai melalui persatuan ini.
PERJUANGAN Perjuangan persatuan ini adalah lebih kepada menegakkan undang-undang dan kedaulatan Negara. Persatuan ini sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang tertindas untuk mendapatkan hak dan keadilan. Persatuan ini juga tidak akan tunduk atau mengalah kepada sebarang suara-suara sumbang, ugutan atau desakan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat tersembunyi. Persatuan ini juga sentiasa membuat kajian terperinci tentang sesuatu produk seperti kenderaan yang dipasarkan di pasaran Malaysia agar produk-produk ini sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna. Persatuan ini juga bercita-cita untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang berpengetahuan tinggi dalam hak keselamatan dan hak pengguna melalui kempen-kempen dan program yang telah, sedang dan akan dianjurkan. Persatuan ini juga dalam perancangan menghasilkan filem-filem pendek berbentuk keselamatan dan informasi yang bakal ditayangkan pada tahun 2012. Persatuan ini juga sedang berusaha keras menghapuskan ‘along-along’ dan Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen yang menjalankan kegiatan along. Persatuan ini amat memandang berat terhadap perkara ini kerana masalah ‘along’ ini mampu mengugat keselamatan rakyat dan mencerminkan imej negatif di mata dunia. Persepsi seolah-olah along lebih kebal dari pihak berkuasa perlu dihapuskan bersama persepsi rakyat yang sangat takut pada mereka. Sebagai usaha merealisasikan matlamat tersebut, Persatuan ini telah menghasilkan risalah dan poster untuk kegunaan kempen memerangi ‘along’ dan kegiatan ‘along’ ini dan sedang menunggu peruntukkan bagi kerja pencetakkan risalah dan poster ini untuk diedarkan kepada orang ramai. Persatuan ini juga sedang berusaha membetulkan laporan media supaya tidak dilihat umpama mengkebalkan along-along ini lagi. Sebaliknya menyarankan agar pihak media lebih usaha mereka untuk melaporkan apa hak rakyat dan apa yang rakyat boleh lakukan jika terjebak dan menjadi mangsa kepada gejala ‘along’ ini. PKP juga telah menjalankan beberapa program untuk tahun 2011 dan merangka beberapa program berkaitan sepanjang tahun 2012 seperti penyampaian seminar dan ceramah serta pengedaran risalah-risalah kesedaran bagi menghapuskan perasaan takut rakyat kepada along. Perjuangan ini adalah bertujuan memastikan masa depan rakyat yang lebih aman dan tenteram serta kesinambungan keselamatan kepada genarasi akan datang |